• 17 June 2022
  • Strategi

Panduan Strategi Perdagangan Mengikuti Trend

Apa Itu Strategi Mengikuti Trend Dan Bagaimana Caranya?

Jika anda sudah biasa dengan trading, anda pasti tahu tentang trend. Trend menunjukkan arah pergerakan harga. Ia boleh menaik, menurun, atau mendatar. Jika trader faham cara menentukan arah trend, mereka berkemungkinan besar tidak bermasalah untuk membuka posisi. Trader perlu mempunyai strategi yang jelas untuk "menunggang" trend bagi meningkatkan peluang kejayaan urusniaga mereka. Artikel ini akan meninjau beberapa tip trading dengan trend yang paling popular dan mengkaji beberapa strategi mengikuti trend yang paling mudah dan menarik.

Apakah Itu Strategi Perdagangan Mengikuti Trend?

Untuk membina strategi perdagangan mengikut arah trend yang berkesan, anda perlu tahu cara-cara untuk berdagang dengan trend. Perdagangan mengikut trend di Forex ialah gaya trading yang popular untuk trader yang mengambil kesempatan daripada harga yang bergerak dalam cara tertentu untuk satu tempoh yang berpanjangan. Apabila trading dalam pasaran yang sedang trending, seorang trader perlu berhati-hati dan memberikan perhatian kepada sebarang petanda penyongsangan yang bakal berlaku dan berkemungkinan besar akan merosakkan setup mereka. Salah seorang trader trend terhebat sepanjang zaman ialah George Soros, yang mana strategi trading mengikuti trendnya membantu beliau meramalkan perubahan mood pasaran.

Kelebihan-Kelebihan Kaedah Mengikuti Trend

Trading mengikuti trend mempunyai pelbagai kelebihan berbanding gaya trading yang lain. Apakah kelebihan utama pendekatan ini?

  • Perdagangan trend boleh membawa kepada keuntungan yang lebih besar. Jika anda mengikuti suatu trend, anda boleh berada dalam kedudukan yang positif selama mungkin, lantas memaksimumkan hasil urus niaga anda. Mereka yang mengikut trend boleh menaikkan nisbah risiko-ganjaran standard dari 1:3 kepada 1:4 atau lebih tinggi, bergantung pada kekuatan trend tersebut.

  • Perdagangan trend melibatkan kos transaksi yang lebih rendah. Berbeza dengan scalping, trading dengan trend tidak memerlukan anda membuka puluhan posisi. Dengan cara ini, anda akan menjimatkan wang kerana anda tidak perlu membayar komisen dan spread untuk setiap urusniaga yang anda buka.

  • Trading dengan trend menjimatkan masa. Secara purata, trader memerlukan 1-2 jam untuk memantau carta dan menyemak portfolio trading mereka apabila mereka trade dengan trend. Urusniaga boleh berlangsung selama beberapa hari atau berbulan-bulan jika trend tersebut kuat. Ini memberikan trader masa untuk aktiviti lain.

Buka akaun Demo

Adakah trading mengikuti trend sesuai untuk saham?

Sama ada anda trade di pasaran saham, komoditi atau Forex, strategi trend menuntut peraturan analisis teknikal yang sama untuk kesemua pasaran tersebut. Trend boleh ditemui pada mana-mana carta, jadi anda boleh mencuba strategi mengikuti trend pada mana-mana instrumen yang anda suka.

Siapakah trader trend yang terkenal?

Trader trend yang sukses telah berjaya menjana berbilion-bilion dolar dengan kemahiran dan taktik perdagangan trend serta pengetahuan mereka tentang struktur pasaran. Kami telah pun menyerlahkan George Soros sebagai salah satu nama besar pendekatan perdagangan trend. Walau bagaimanapun, ada lebih ramai lagi yang boleh kami sebutkan.

Salah satu nama besar lain perdagangan trend ialah Ed Seykota. Beliau salah seorang pedagang yang ditemu bual oleh Jack Schwager dalam "Market Wizards". Dengan hanya $5000 ribu di dalam poketnya, dia berjaya menjana $15 juta dalam tempoh 12 tahun.

Seorang lagi legenda perdagangan trend ialah David Harding, Ketua Pegawai Eksekutif Winton Capital. Dana yang beliau uruskan untuk pelanggan mempunyai aset yang bernilai lebih $30 bilion.

Akhir sekali, anda pasti pernah terdengar tentang wira dalam buku "Reminiscences of a Stock Operator", Jesse Livermore. Sesetengah trader menamakan beliau sebagai pengasas pendekatan mengikuti trend. Pada tahun 1929, beliau mempunyai $100 juta. Dalam nilai wang hari ini, ia kira-kira $1.5 bilion. Firasat pasarannya sangat mengagumkan sehingga dia masih menjadi sumber inspirasi para trader sehingga kini.

Itulah beberapa trader trend yang termasyhur, yang menggunakan kebolehan dan kemahiran mereka untuk membuat wang. Mungkin anda akan menjadi orang yang seterusnya dalam senarai ini!

Bagaimana Cara Membina Strategi Trading Mengikuti Trend

Langkah pertama dalam membina strategi perdagangan yang mengikuti trend adalah amat jelas – anda perlu menentukan arah trend. Anda boleh melakukannya sama ada secara manual atau dengan bantuan indikator.

Orang yang berpengalaman dalam trading boleh mengecam kewujudan trend dalam sekelip mata. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah menyambungkan harga-harga tinggi dan rendah. Anda perlu menyambungkan sekurang-kurangnya dua titik pada carta. Jika harga membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi, seorang pedagang mungkin mencadangkan bahawa ia bergerak dalam trend menaik. Begitu juga sebaliknya, jika harga membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah - anda sedang berhadapan dengan tekanan ke bawah, yang kemungkinan akan memulakan trend menurun.

Dalam gambar di atas, kita boleh mengenal pasti trend menurun yang jelas selepas menyambungkan paras-paras tertinggi dan terendah EURUSD yang paling jelas pada carta harian. Harga membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah. Selain itu, harga telah bergerak dalam julat yang dipanggil saluran menurun (descending channel). Dengan kata lain, mengimbangi di antara dua garis diagonal yang membatasi harga di sisi atas dan bawah tanpa terjadi penembusan. Harga telah bergerak dalam saluran ini selama hampir sembilan bulan. Oleh itu, trend menurun dianggap kukuh.

Perdagangan Trend dengan Purata Bergerak

Kebanyakan trader trend lebih suka membina sistem mengikut arah trend daripada menggunakan carta harga secara mentah-mentah. Setup yang kompleks ini termasuk menerapkan indikator teknikal pada carta. Terdapat beberapa indikator yang mengikut arah trend yang boleh membantu anda untuk tujuan itu. Yang paling popular ialah purata bergerak (MA). Terdapat pelbagai jenis purata bergerak: ringkas, eksponen, berwajaran linear, dan terlicin. Setiap jenis purata bergerak ditakrifkan oleh fungsi matematik yang berbeza.

Purata bergerak ringkas (MA) ialah jenis purata bergerak yang paling popular. Ia menunjukkan harga purata untuk tempoh yang sedang dipertimbangkan.

MA Eksponen dan MA Berwajaran Linear mengira harga terkini dengan pekali yang lebih tinggi. Ia cenderung memberikan signal yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, ia memberikan maklumat yang lamban (lagging), jadi sila berhati-hati!

MA Terlicin adalah lanjutan dari MA ringkas. Ia purata bergerak yang paling banyak membersihkan pergerakan harga daripada hingar turun naik harga.

Purata bergerak yang terbaik untuk mengenal pasti arah trend ialah purata bergerak yang ringkas dan terlicin. Trader boleh menetapkan pelbagai tempoh MA yang berbeza untuk menganalisis trend. Biasanya, seorang trader akan menggunakan purata bergerak ringkas 200 tempoh, yang menunjukkan kecenderungan arah pasaran.

Tafsiran klasik strategi perdagangan trend dengan purata bergerak ringkas 200 tempoh adalah mudah. Jika harga bergerak ke sebelah atas purata bergerak, ini menunjukkan momentum ke arah atas. Dalam kes ini, anda perlu mempertimbangkan entri long. Sebaliknya, apabila harga turun ke sebelah bawah SMA 200 tempoh, boleh dikatakan dengan hampir pasti bahawa anda berhadapan dengan trend menurun.

Pada carta harian EURUSD di atas, anda boleh melihat bahawa harga telah membentuk paras tertinggi yang lebih tinggi dan paras terendah yang lebih tinggi apabila ia berada di atas purata bergerak. Dan sebaliknya, ia membentuk paras terendah yang lebih rendah dan paras tertinggi yang lebih rendah apabila ia berada di bawah purata bergerak.

Indikator kekuatan trend

Terdapat satu lagi indikator yang mampu berfungsi sebagai pembantu yang hebat apabila bekerja dengan trend. Indeks intensiti trend (TTI) yang dibangunkan oleh M. H. Pee untuk mengukur kekuatan trend di pasaran. Ia membandingkan perkadaran (proportion) harga untuk 30 hari terdahulu di atas atau di bawah purata bergerak 60 hari hari ini.

Pengiraannya berpandukan MA 60 hari semasa dan sisihan bagi setiap hari. Di sini, sisihan ditakrifkan sebagai perbezaan antara harga penutupan dan harga purata. Sisihan ke atas memberikan amaun yang positif sementara sisihan ke bawah memberikan amaun yang negatif. Formula untuk indikator TII kelihatan seperti ini:

Indeks intensiti trend (TII) = (total sisihan ke atas / (total sisihan ke atas + jumlah sisihan ke bawah)) × 100

Indikator Intensiti Trend bergerak di antara 0 dan 100. Jika nilai TII di bawah 50, trend adalah bearish. Apabila ia bergerak berhampiran 20, trend menurun adalah kuat. Sebaliknya, jika TII berada di atas 50, trend adalah bullish. Semakin dekat indikator dengan 80, semakin kuat trend menaik. Anda boleh memuat turun indeks intensiti trend untuk MetaTrader 5 dari laman web rasmi MQL5.

Carta di atas menunjukkan bahawa apabila harga sedang menuju ke atas, indikator berada di atas aras 80. Apabila harga membentuk paras-paras terendah, indikator TII jatuh di bawah paras 20. Kita juga dapat melihat bahawa walaupun ia tampak tepat, indeks intensiti trend ialah indikator yang lamban (lagging). Anda boleh melihatnya dengan melihat pada sempadan kanan segi empat tepat hijau: harga telah menyongsang arah ke sebelah bawah, tetapi indikator masih menunjukkan trend menaik yang kuat. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sebagai alat tambahan untuk mengesan arah trend, tetapi bukan sebagai penjana isyarat.

Garisan Trend dan Pola Carta

Pola carta memainkan peranan yang penting dalam analisis teknikal dan perdagangan trend. Jika seseorang trader trend sudah berpengalaman bekerja dengan pola carta, itu akan membantu mereka meramalkan penyongsangan atau penerusan arah trend. Sesetengah trader membina keseluruhan peraturan sistem trading trend berdasarkan pola carta. Di sini kami akan menjelaskan beberapa yang paling popular.

Pola Head and Shoulders

Pola Head and Shoulder biasanya terbentuk pada penghujung sebuah uptrend. Ia terdiri daripada kepala (puncak kedua dan tertinggi), dua bahu (dua paras tertinggi yang lebih rendah), dan garis leher yang menghubungkan titik-titik terendah pola dan bertindak sebagai aras sokongan. Garis leher (neckline) ini boleh berupa melintang (horizontal) atau boleh juga condong (up/down). Jika harga menembus ke sebelah bawah garisan leher selepas membentuk bahu kedua, pola itu dianggap sahih, dan anda boleh melihat permulaan trend menurun. Pola ini membantu trader trend keluar dari entri long mereka dan bersedia untuk pergerakan menurun baharu.

Sebagai alternatif, terdapat juga pola Inverse Head and Shoulders, yang muncul pada penghujung trend menurun dan menandakan permulaan trend menaik.

Double Top dan Double Bottom

Pola Double Top terdiri daripada dua puncak yang berturutan dengan ketinggian yang sama dengan jarak yang dekat di antara mereka. Pola ini memberi isyarat bahawa arah trend akan berubah daripada menaik kepada menurun. Sama seperti Head and Shoulders, anda boleh melukis garis leher melintasi titik-titik terendah pola ini.

Terdapat juga pola Double Bottom yang meramalkan potensi penyongsangan ke sebelah atas.

Pola Carta Penerusan

Trader yang ingin mengesahkan trend yang kuat akan mendapati pola carta penerusan amat berguna. Terdapat segitiga (triangles), bendera (flags), panji (pennants), baji (wedges), dan segi empat tepat (rectangles). Segitiga dan bendera adalah yang paling mudah dikesan.

Segitiga

Terdapat tiga jenis pola segitiga: menaik, menurun, dan simetri.

  • Jika anda berhadapan dengan pola menaik, trend menaik mungkin akan berterusan.

  • Dalam kes pola menurun, anda perlu bersiap sedia untuk trend menurun.

  • Dalam kes segitiga simetri, kedua-dua bulls dan bears tidak dapat mendominasi pasaran.

Simetri

Dalam gambar di atas, anda boleh melihat contoh pola segitiga simetri. Jika anda membuat satu pesanan pembukaan posisi di atas paras tertinggi yang lebih rendah dan satu lagi di bawah paras terendah yang lebih tinggi, salah satu pesanan anda pasti akan mengena. Jangan lupa untuk membatalkan pesanan yang salah apabila salah satu daripadanya mengena.

Bendera

Pola bendera terbentuk apabila fasa pengukuhan harga mengikuti pergerakan harga yang ketara. Ia terdiri daripada dua garisan selari dan satu tiang bendera. Bendera bullish muncul semasa trend menaik (lihat gambar di bawah). Sebaliknya, bendera bearish menandakan penerusan trend menurun.

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas, bendera bullish ialah pengesahan yang ideal bagi momentum bullish yang selanjutnya. Jika ia muncul di carta, anda perlu meneruskan posisi long anda.

Walaupun mengetahui pola carta membantu pedagang trade searah dengan trend, setup perdagangan trend yang terbaik adalah yang dibuat sebagai sebahagian daripada strategi trading. Mari kita lihat bagaimana cara untuk trade dengan strategi mengikuti trend dengan betul!

Panduan Strategi Berdagang

Terdapat banyak strategi perdagangan trend, tetapi hanya sedikit yang mempunyai peraturan pembukaan posisi yang tegas. Ada yang mengatakan "beli lebih rendah dan jual lebih tinggi"; yang lain pula hanya mempunyai satu indikator dalam set mereka (misalnya, RSI) dan tidak menuntut penggunaan Renti Rugi.

Artikel ini akan memberi anda satu contoh strategi yang cekap dengan peraturan kemasukan yang mudah dan pengurusan risiko yang sesuai. Lihat setup yang digunakan!

Setup Strategi Trading

Instrumen: Apa sahaja.

Rangka masa: Harian atau H4 adalah yang paling sesuai.

Indikator: Purata Bergerak Ringkas 200, 20, dan 50 tempoh, Average True Range

Peraturan untuk entri long:

  1. Semak arah trend. Kita harus melihat harga berada di atas SMA 200-tempoh sebelum membuat entri long.

  2. Tunggu sehingga harga menguji sokongan dinamik di antara purata bergerak 20 dan 50, sebanyak dua kali.

  3. Buka posisi pada harga penutupan candlestick bullish seterusnya selepas ujian.

  4. Renti Rugi dikira sebagai 2*ATR dan tolak nilai ini daripada aras harga pembukaan posisi anda.

  5. Tutup posisi apabila harga jatuh ke bahagian bawah SMA 50 tempoh.

Mari kita kaji satu contoh. Pada carta H4 EURUSD, pasangan itu bergerak di atas SMA 200 tempoh (garisan coklat). Oleh itu, harga bergerak dalam trend menaik. Selepas ia menyentuh SMA 20 tempoh (garisan merah) untuk kali yang ketiga, kami mempertimbangkan untuk membuka posisi long. Candlestick pertama selepas SMA 20 tempoh diuji ditutup berwarna hijau. Kami membuka pesanan "Beli" pada harga penutupan candlestick itu di 1.2847. Selepas itu, kami mengira jarak Renti Rugi dengan formula aras kemasukan – 2*ATR:

Aras kemasukan = 1.2847

ATR= 0.0024

Renti Rugi = 1.2847-0.0048=1.2799

Selepas harga jatuh ke bahagian bawah SMA 50 tempoh (garisan kuning), kami menutup posisi di 1.3250. Kami berjaya meraih 4030 poin.

Peraturan untuk entri short:

  1. Semak arah trend umum. Kita perlu melihat harga di bawah SMA 200-tempoh untuk entri short.

  2. Tunggu sehingga harga menguji rintangan dinamik di antara purata bergerak 20 dan 50, sebanyak dua kali.

  3. Buka posisi pada harga penutupan candlestick bearish seterusnya selepas ujian.

  4. Renti Rugi dikira sebagai 2*ATR dan tambah nilai ini kepada aras kemasukan anda.

  5. Tutup posisi apabila harga melintasi SMA 50 tempoh ke atas.

Pada carta EURUSD yang sama, harga mula bergerak ke sebelah bawah SMA 200 tempoh (garisan coklat). Selepas menyentuh SMA 20-tempoh (garisan merah) dengan harga tingginya sebanyak tiga kali, kami membuka pesanan jual pada harga penutupan candlestick bearish di 1.5387. Renti Rugi dikira sebagai 1.5387+2*0.00468=1.5481.

Selepas harga menembus ke bahagian atas SMA 50 (garisan kuning), kami menutup urusniaga di 1.4841, membawa pulang 5460 poin.

Kesimpulan

Trading mengikuti arah trend adalah pendekatan lazim yang boleh membawa hasil yang baik. Ikuti trend pasaran dan tahu cara "menunggangnya" dengan betul, dan anda tidak akan kecewa. Dan, manalah tahu, mungkin anda akan menjadi jutawan perdagangan trend yang seterusnya.

Trade sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: