Kami telah memberitahu anda banyak perkara tentang strategi trading teknikal. Tetapi kami ingin mengingatkan anda bahawa terdapat satu lagi sisi penting lain dalam trading: analisis fundamental. Dan, jika ada analisis fundamental, harus ada strategi trading fundamental juga.
Mari kita mulakan dengan strategi yang paling biasa dan paling senang: strategi carry trade.
Strategi ini berdasarkan kadar faedah. Dalam kursus Akademi FBS kami, kami telah memberitahu anda bahawa kadar faedah adalah indikator yang sempurna tentang situasi ekonomi dalam setiap ekonomi dunia. Ia cara yang cepat dan jelas untuk menganggarkan ekonomi mana yang lebih kuat justeru matawang mana yang akan mengukuh. Negara yang ekonominya lemah mempunyai kadar faedah yang rendah. Ini adalah cara yang digunakan oleh bank pusat untuk menggalakkan pertumbuhan kredit dan memberikan wang murah kepada bisnes untuk disalurkan ke dalam ekonomi. Matawang negara-negara seperti itu adalah lemah. Ekonomi yang kukuh mempunyai pertumbuhan KDNK yang kuat dan inflasinya meningkat. Untuk mengehadkan inflasi, bank pusat perlu menaikkan kadar faedah, menjadikan matawang domestik menguat.
Perbezaan kadar faedah memberi peluang kepada pelabur jangka panjang untuk meraih keuntungan.
Jadi, apakah idea di sebalik strategi carry trade
Idea utama strategi adalah “beli matawang dengan kadar faedah tinggi dan jual matawang dengan kadar rendah”.
Seorang pedagang meminjam matawang murah (dengan kadar faedah rendah), sebagai contoh, yen Jepun. Mereka melaburkannya dalam aset yang menguntungkan, seperti dolar Australia. Yen menjadi matawang pembiayaan, dan dolar Australia menjadi matawang pelaburan. Akibatnya, aliran modal dari Jepun ke Australia meningkat dan permintaan terhadap dolar Australia meningkat. Ingatlah bahawa aliran meningkat apabila terdapat sentimen risk-on, jadi trader mahu melabur dalam matawang yang lebih menguntungkan tetapi berisiko. Akhirnya, AUDJPY melonjak.
Satu perkara lain yang perlu disebut ialah swap. Swap adalah prosedur memindahkan posisi aktif dari satu hari trading ke hari trading berikutnya. Jika pedagang melanjutkan posisinya melebihi satu hari, beliau akan berhadapan dengan kos atau keuntungan, bergantung pada kadar faedah semasa.
Sebagai contoh, bayangkan bahawa dolar Australia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada yen Jepun. Jika anda membeli AUDJPY, anda akan menerima perbezaan faedah antara AUD dan JPY, atau yang dikenali juga dengan istilah swap, untuk posisi anda setiap hari anda mengekalkan posisi tersebut semalaman. Walau bagaimanapun, jika anda menjual AUDJPY, anda perlu membayar swap untuk posisi anda setiap hari anda mengekalkan posisi tersebut semalaman.
Trade sekarangCara memilih pasangan yang betul untuk mendapat keuntungan
Mudah untuk menentukan pasangan yang akan memberi anda peluang yang baik untuk meraih wang. Buka MetaTrader anda. Di sebelah kiri skrin, terdapat tetingkap Market Watch.
Di dalam tetingkap itu, klik pada pasangan yang ingin anda periksa. Contohnya seperti AUDJPY yang kami mahu gunakan dalam contoh ini, kami akan klik pada pasangan ini. Dalam tetingkap pop-up, anda akan melihat garis Specification.
Klik padanya dan anda akan melihat tetingkap baru. Di situ, anda perlu cari Swap long. Seperti yang anda boleh lihat dari contoh kami, AUDJPY mempunyai swap positif yang kecil untuk posisi long (0.81). Itu petanda yang baik.
Seterusnya, periksa carta mingguan bagi pasangan yang anda ingin dagangkan. Trend menaik yang panjang adalah petunjuk yang baik untuk pasangan tersebut.
Mari kita kaji satu contoh. Pada carta mingguan AUDJPY, kami melihat ada trend menaik dari awal tahun 2000 hingga awal tahun 2008 (ketika krisis kewangan berlaku). Hakikat bahawa trend tersebut bertahan selama 8 tahun menunjukkan bahawa pasangan tersebut cukup selamat untuk digunakan dalam strategi carry trade.
Mari kita lihat pada masa kini. Anda harus ingat bahawa mana-mana trend menaik bukanlah sesuatu yang akan berterusan selama-lamanya. Selepas ia berakhir, adalah penting untuk menunggu sehingga trend yang seterusnya terbentuk. Mulai Januari 2016 ada trend menaik baru mula terbentuk. Itu petanda baik untuk melabur dalam pasangan tersebut.
Seperti yang anda boleh lihat, sangat mudah untuk mencari pasangan yang akan memberi anda keuntungan dalam tempoh yang panjang. Itulah sebabnya strategi carry trade adalah cara yang mudah untuk menjana wang.
Walau bagaimanapun, anda perlu ingat beberapa ciri-ciri strategi ini.
Tiga ciri-ciri strategi ini yang anda perlu ingat:
Strategi ini hanya sesuai untuk trading jangka panjang. Anda perlu tahu cara bekerja dalam rangka masa besar. Penting untuk anda tahu cara membezakan antara pembetulan harga pada pasangan yang boleh berlangsung selama beberapa hari dan penyongsangan trend global. Anda harus tenang dan yakin dengan strategi anda. Buka posisi selama beberapa bulan, dan anda akan meraih keuntungan.
Ingat bahawa strategi carry trade adalah strategi berisiko rendah. Itu bermakna anda harus menjangkakan bahawa keuntungan anda tidaklah besar. Satu petua umum yang perlu diingati: lebih tinggi risiko – lebih tinggi keuntungan, lebih rendah risiko – lebih rendah keuntungan. Jika anda ingin menggunakan strategi ini dan meraih keuntungan yang lebih besar, anda perlu bermula dengan deposit yang lebih besar.
Jangan lupa mengenai analisis fundamental. Jika anda membuka pesanan berdasarkan strategi ini, itu tidak bermakna anda boleh membiarkan trading berjalan tanpa pengawasan anda. Anda sepatutnya sentiasa menyemak kadar faedah kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa. Jangkaan pasaran mengenai kenaikan atau penurunan kadar faedah juga memberi kesan kepada kadar harga matawang. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi arah pergerakan pasangan tersebut. Seperti yang kita lihat dalam contoh kami, selepas tren menaik selama 8 tahun, pasangan tersebut jatuh kerana krisis kewangan 2008. Dalam suasana ketidakstabilan, trader mulai melabur dalam yen Jepun, matawang perlindungan (safe-haven).
Secara kesimpulannya, strategi carry trade adalah strategi yang ringkas yang tidak memerlukan ilmu kewangan yang khusus. Anda hanya perlu mengetahui perbezaan kadar faedah matawang yang ingin anda dagangkan. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat ciri-ciri carry trade. Jika anda mempunyai kesabaran yang mencukupi untuk menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan keuntungan yang baik, anda pastinya harus menggunakannya!
Daftar sekarang