• 11 Apr 2017
  • Strategi

Strategi Position Trading

Position Trading adalah jenis trading yang sesuai untuk trader yang sangat sabar, bijak, dan berpandangan jauh, yang jiwanya sebati dengan pasaran. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapat manfaat dari trend dominan daripada fluktuasi pasaran jangka pendek. Biasanya, mereka menggunakan analisis fundamental untuk trading mereka, tetapi kadang-kadang mereka perlu merujuk alat teknikal juga. Dan ada satu lagi ciri utama trader position trading: mereka ada akaun trading yang besar.

Ada sekurang-kurangnya dua kelebihan utama position trading:

  1. Semasa trading, anda boleh meraih keuntungan daripada perbezaan faedah, bukan hanya daripada urusniaga anda. Ini kerana faedah atau swap dibayar untuk matawang yang dipinjam dan diterima untuk matawang yang dibeli.

  2. Sebagai trader posisi anda mungkin mendapat manfaat dari pembetulan harga yang wujud di antara matawang dan instrumen kewangan lain.

Dalam artikel seterusnya, kita akan meneroka beberapa strategi yang merangkumi dua aspek position trading yang disebut di atas – swap dan korelasi komoditi.

Buka akaun demo

Strategi 1

Sebagai contoh, misalkan kita memutuskan untuk trade pasangan matawang CADJPY.

Kanada adalah salah satu negara pengeluar minyak terbesar di dunia dan pengeksport komoditi ini yang terkenal. Jadi, dolar Kanada biasanya meningkat apabila harga minyak naik. Sebaliknya, Jepun dianggap sebagai pengimport bersih minyak. Ini menyebabkan yen melemah apabila harga minyak naik. Situasi ini menjadikan dinamik harga minyak indikator yang utama untuk pergerakan pasangan matawang CADJPY.

Konsep strategi:

Rangka masa – harian

Setup urusniaga long:

  • Pertama, kenal pasti rintangan pada carta teknikal harian niaga hadapan minyak.

  • Cari candlestick yang harga penutupannya di atas rintangan tersebut.

  • Buka posisi long pada CADJPY sebaik sahaja candlestick seterusnya mula terbentuk.

  • Letakkan renti rugi (SL) pada aras sokongan signifikan ketika membuka posisi.

  • Set ambilan untung (TP) di bawah aras rintangan signifikan berikutnya selepas buka posisi.

Contoh:

Pada carta harian WTI, kita telah mengenal pasti trend menaik dan menanti penembusan. Candlestick yang tutup di atas garisan trend telah muncul pada 3 Januari. Selepas itu, pada 4 Januari, kita membuka posisi long untuk CADJPY pada harga pembukaan candlestick pada 79.79. Kita letakkan renti rugi pada aras sokongan sebelumnya iaitu di 78.91 dan ambilan untung di 81.8.

Setup urusniaga short

  • Kenal pasti aras sokongan pada carta minyak di rangka masa harian.

  • Cari candlestick yang harga penutupannya di bawah rintangan tersebut.

  • Buka posisi short untuk CADJPY di harga pembukaan candlestick berikutnya.

  • Pasang renti rugi di aras rintangan signifikan apabila membuka posisi.

  • Pasang ambilan untung di bawah aras sokongan signifikan yang berikutnya selepas membuka posisi.

Sebagai contoh:

Pada carta harian WTI, harga minyak mentah telah mengukuh di atas aras sokongan $50.57. Kita menunggu aras ini ditembusi, yang berlaku pada 17 Disember. Selepas itu, kita beralih ke carta CADJPY. Kita meletakkan pesanan jual pada harga pembukaan candlestick 18 Disember iaitu $84.14. Renti rugi untuk posisi ini akan diletakkan di aras $85.27, manakala ambilan untung diletakkan di aras $82.7.

Strategi 2

Strategi yang kita akan huraikan di sini menjelaskan korelasi negatif antara indeks dolar AS (indeks yang mengukur nilai USD berbanding nilai sebakul matawang major) dan harga emas. Sebagai pedoman, indeks dolar AS akan jatuh apabila harga emas naik.

Konsep strategi:

Rangka masa – harian

Setup urusniaga long:

  • Kenal pasti aras sokongan pada carta indeks dolar AS (rangka masa harian).

  • Kenal pasti candlestick yang harga penutupannya di bawah aras sokongan tersebut.

  • Buka posisi long di carta emas pada harga pembukaan candlestick berikutnya.

  • Pasang renti rugi di aras sokongan yang signifikan apabila membuka posisi.

  • Pasang ambilan untung di bawah aras rintangan signifikan yang berikutnya selepas membuka posisi.

Sebagai contoh:

Pada carta harian indeks dolar AS, kita mendapati aras 95.66 telah ditembusi pada 7 Januari. Selepas itu, kita buka carta emas dan buka posisi long di aras $1285 pada 8 Januari. Kita letakkan renti rugi pada aras sokongan sebelumnya iaitu $1273. Aras ambilan untung berada di $1299 (sedikit di bawah aras rintangan).

Setup urusniaga short:

  • Kenal pasti rintangan pada carta indeks dolar AS (rangka masa harian).

  • Kenal pasti candlestick yang harga penutupannya di atas rintangan tersebut.

  • Buka posisi short di carta emas pada harga pembukaan candlestick berikutnya.

  • Pasang renti rugi di aras rintangan yang signifikan apabila membuka posisi.

  • Pasang ambilan untung di bawah aras sokongan signifikan yang berikutnya selepas membuka posisi.

Contoh:

Situasi apabila anda perlu membuka posisi short adalah sama dengan senario posisi long. Pada 10 Ogos (Jumaat), kami mengenalpasti penembusan aras rintangan pada carta harian indeks dolar AS. Kami beralih ke carta XAUUSD dan membuka posisi short pada harga pembukaan candlestick 13 Ogos (Isnin) iaitu $1211. Kami letakkan renti rugi di atas aras rintangan pertama sebelum masuk posisi di $1220. Aras ambilan untung berada di $1198 (berdekatan dengan aras sokongan).

Ringkasan

Memahami korelasi dan analisis fundamental memudahkan penggiat position trading memantau pergerakan pasaran dan membuka posisi pada waktu yang tepat.

Sumber: Strategi ini diambil dari buku "17 Proven Currency Trading Strategies" oleh Mario Sant Singh.

Daftar sekarang

Kongsi kepada rakan-rakan: